Belum terlambat untuk saya ucapkan selamat menyambut tahun baru 2018. Semoga hari-hari yang mendatang memberi beribu kebaikan dan meninggalkan beribu keburukan yang lalu. Azam... dah semestinya ingin membaiki segala kekurangan masa lalu.
Semoga apa yang kita hajati tercapai. InsyaAllah mudah-mudahan dimakbulkan. Untuk saya, 2017 bukanlah tahun yang terbaik buat saya. Banyak peristiwa/keadaan yang menuntut kesabaran dan menguji saya sebagai hambaNya. Apa pun yang terjadi tetap telah berlaku dan saya dapat laluinya dengan seribu satu macam rasa Jadikan pengajaran dan pengalaman untuk melalui hari-hari mendatang.
Doa saya semoga 2018 saya dapat berbakti kepada kedua ibubapa. Dapat lagi kerap melawati meraka di Kampung. Semoga dilapang waktu dan diberi kesihatan untuk semua tu. Terasa begitu singkatnya waktu apabila melihat ibubapa semakin uzur mendaki usia. Melihat anak-anak memasuki sekolah menengah, merasakan saya juga sudah agak berusia. Inilah waktu terbaik untuk dekat diri kepada yang Maha Esa.
Semoga kita semua dilimpahi rahmat. Di berkati dan dipermudahkan segala usaha.
sekian untuk permulaan 2018.
HAPPY NEW YEAR.
AKU DAN KEHIDUPAN
Selasa, 2 Januari 2018
Selasa, 2 Ogos 2016
CARA MUDAH GUNAKAN PERIUK NOXXA
FUNGSI DAN CARA MENGGUNAKAN PERIUK NOXXA
Hari ni nak cerita berkenaan periuk serbaguna noxxa. Baru je beli. Mula2 tu terkial2 jugak la nak guna. Puas la baca buku manual. Untuk memudahkan, saya kongsikan serba sedikit fungsi dan cara mudah untuk kita lebih memahami. Kalau tidak masuk dlm stor je lah. Rugi beli mahal2 kan.
Hari ni nak cerita berkenaan periuk serbaguna noxxa. Baru je beli. Mula2 tu terkial2 jugak la nak guna. Puas la baca buku manual. Untuk memudahkan, saya kongsikan serba sedikit fungsi dan cara mudah untuk kita lebih memahami. Kalau tidak masuk dlm stor je lah. Rugi beli mahal2 kan.
Berikut adalah senarai fungsi
butang dan tugas yang mampu dilakukannya:-
HP #High Pressure -
fungsi memasak dalam tekanan tinggi untuk bahan mentah seperti daging, ayam dll
LP #Low Pressure -
fungsi memasak dalam tekanan rendah untuk bahan seperti kentang, apple, dll
(yang mungkin meletup/pecah dalam tekanan tinggi)
Warm/Reheat -
memanaskan dan mencairkan masakan yang disejukbeku selepas dimasak
SF #Stir-Fry -
fungsi yang memudahkan anda menumis atau menggoreng dalam periuk Noxxa sebelum
disambung dengan fungsi masakan lain
Steam -
fungsi memasak dengan cara memanggang makanan seperti nasi kukus atau pau kukus
dengan mengguakan air mendidih
Slow Cook -
memasak secara perlahan untuk mendapatkan hasil masakan yang lembut dengan rasa
yang meresap jauh kedalamnya.
Delay Timer -
sangat berguna jika anda ingin memulakan masakan yang perlu diperap. Delay masa
maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 8 jam dan kemudian proses memasak
berjalan dengan sendiri secara automatik.
Cara Menggunakan Fungsi High
& Low Pressure Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukan
pot memasak kedalam periuk Noxxa.
Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot periuk. Pastikan bahan masakan tadi dicampur dengan air minimum 250ml (8oz) untuk lakukan fungi masakan tekanan ini.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot periuk. Pastikan bahan masakan tadi dicampur dengan air minimum 250ml (8oz) untuk lakukan fungi masakan tekanan ini.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
Letakkan knob pelaras tekanan
pada kedudukan PRESSURE
Pilih fungsi High atau Low
Pressure pada butang panel, tekan beberapa kali untuk menentukan berapa masa
memasak yang diperlukan dalam kiraan minit (rujuk nombor pada panel)
Tekan butang ON/OFF dan tunggu
sehingga masakan anda selesai. Kemudian bunyi BEEP akan kedengaran menandakan
masakan anda sudah siap.
Keluarkan tekanan dalam pot
dengan meletakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM, biarkan sehingga
tekanan habis (selepas knob jatuh pada kedudukan pressure). Kemudian buka
penutup mengikut arah putaran jam.
##Cara Menggunakan Fungsi Warm/Reheat Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk
Noxxa.
Masukan makanan yang hendak dipanaskan kedalam pot.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut
arah lawan jam.
Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
Tekan butang WARM/REHEAT pada panel.
Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.
#Cara Menggunakan Fungsi Steam Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk
Noxxa.
Letakan bekas /bakul penahan kedalam pot memasak.
Masukan minimum 250ml air kedasar pot, pastikan kedudukan
bekas tadi lebih tinggi daripada paras air.
Letak makanan yang ingin dikukus/stim diatas bekas tadi.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut
arah lawan jam.
Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
Tekan buang STEAM dan set masa.
Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.
#Cara Menggunakan Fungsi Stir-Fry Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk
Noxxa.
Masukan sedikit minyak memasak (ikut resepi) kedalam pot.
Tekan butang STIR-FRY pada panel
Tekan butang ON/OFF, setelah minyak cukup panas masukan
makanan yang hendak ditumis atau goreng.
Jangan tutup dengan penutup tekanan ketika fungsi ini untuk
elak letupan atau kemalangan.
Setelah selesai, tekan butang ON/OFF semula untuk menamatkan
sesi,
kemudian boleh dicampur dengan bahan lain atau disambung dengan fungsi masakan yang lain.
kemudian boleh dicampur dengan bahan lain atau disambung dengan fungsi masakan yang lain.
##Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk
Noxxa.
Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut
arah lawan jam.
Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
Tekan butang SLOW COOK pada panel dan set masa masakan
(maksimum 9.5 jam).
Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.
##Cara Menggunakan Fungsi Delay Timer Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk
Noxxa.
Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut
arah lawan jam. (mengikut keperluan fungsi masakan)
Begitulah serba sedikit untuk yang baru memiliki periuk noxxa ni. Bila dah selalu guna mesti dan terror kan. petik jari je x payah baca2 lagi.
Selasa, 24 Mei 2016
TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT KEK DAN BISKUT
Di sini ingin saya kongsikan tips dan rahsia baking yg di kumpulkan dan dikongsi melalui fb. Kadang kala susah untuk kita cari satu persatu di fb. Semoga dengan perkongsian ini dpt dimanafaatkan.Terima kasih kepada tuan empunya yg asal yg telah berkongsi. Semoga kita sama2 beroleh pahala InsyaAllah.
| chocolate chip |
| penggunaan telur |
| suhu yang digunakan |
| sukatan gram kepada cawan |
| Tambah kapsyen |
| teknik water bath |
| sukatan gula, mentega dan tepung |
Berikut ada beberapa masalah yg sering terjadi apabila kita membuat kek. Disertakan jawapan dan cara untuk mengelakan perkara tersebut terjadi.
| kenapa kek terlalu lembab dan leper |
| tekstur kek terlalu kasar atau berlubang lubang besar |
| kek mendap di tengah |
| kek buah mendap |
| kek menjadi keras |
| bancuhan tidak sebati |
| kek menjadi seperti roti |
| kek menjadi kering |
| kenapa kek terlalu berat |
| kek seperti bingka |
| kenapa kek merekah |
| kek tidak naik sekata |
| Jika baking soda tidak berbuih apabila dicampur air panas maka buatla pencuci bilik air je. sayang jika dibuang begitu saja.. boleh dok gitu |
Selamat mencuba dan happy baking uolls....
Rabu, 30 September 2015
Rendang daging korban mudah
Lama tidak menulis. Rasa nya blm terlambat untuk mengucapkan salam Aidiladha. Semoga segala amalan kebaikan kita diterima oleh yang Maha esa. Semoga jemaah2 haji kita selamat pulang ke tanah air dan Alfatihah untuk yang telah pergi.
caranya...
Bila cerita tentang Aidiladha mesti tak lari dengan cerita daging korban. So nak cerita la sikit buat rendang daging korban mlm tadi. Alhamdulillah kenyang dah pun. Daging pun byk juga lah sebab abah ku pun turut membuat korban tahun ni..
Resepi rendang aku senang aje. bahan2 mcm dibawah..semua main agak2 je
daging - sekilo agaknya-sbb aku x timbang
1inci halia
1inci lengkuas
3 btg serai
5 sudu besar cili yg telah diblend dgn bawang merah/putih-mmg sentiasa ada dlm fridge
sebungkus rempah rendang mak siti
sekotak santan cap ayam kaler biru..
2 helai daun kunyit
minyak utk menumis
*kalau x tumis pun boleh..masuk kan bersama daging..tumis untuk memastikan cili garing supaya x sakit perut bagi yg sensitif dgn cili
caranya...
rebus daging
blend halia, lengkuas, serai bersama ngan cili
dlm kuali tumis ramuan...dah naik bau masuk rempah yg telah di campur air.
masak sampai naik minyak..
curah kan dlm periuk rebusan daging
masak sampai daging empuk..letakan santan
perasakan garam, gula asam
tunggu sampai kering..ikut kesukaan..
masukan daun kunyit yg diracik
Rabu, 15 April 2015
katering di Semenyih
Doa selamat dan housewarming
Baru berkesempatan untuk bercerita. Pada 15/3/2015 yang lalu kami baru berkesempatan untuk menjemput kawan2 ke rumah baru kami. Tiada apa yang menarik. Hanya untuk berkongsi kegembiraan bersama kawan2 dan saudara mara. Juga perasaan syukur yang tidak terhingga kerana di permudahkan dari segala kesulitan.
Tetamu yang aku jemput pun tak ramai. Order dalam 100 orang je. Paling banyak dia ambik order pun hanya 500 dan kebawah sahaja. So sesiapa yang tinggal di kawasan Semenyih/beranang yang ingin membuat majlis kecil-kecilan boleh la order dengan puan zila. Contact no 019 2441825. Disamping hidangan yang enak harganya pula sangat berpatutan mengikut menu pilihan aku sendiri la. Bagi aku memang sangat berpuas hati.
Terima kasih di ucapkan kepada kawan2 dan saudara2 yang telah datang memeriahkan majlis kami. Maaf diatas segala kekurangan ada. Jom kita layan gmbr di bawah.
| bidadari coklat |
| posing |
| posing lagi |
| kakak yg suka posing |
| menu buatan sendiri bkn buatan org |
| deco2 ceria |
| Antara makanan |
| sate order dgn kawan hubby |
| mangkuk aje yg ada lupa nak snap gmbr bubur kacang |
| masak lemak daging salai, ayam goreng rempah, sayur buncis goreng, ulam ulaman |
| buah tembikai pun masuk package |
last sekali gambar tetemu yg dtg takde. hahaha tak smpt nak snap. Gmbr dessert2 yg lain pun tak smpt nak snap..
Langgan:
Catatan (Atom)