Jumaat, 19 September 2014

Apa nak buat bila dapat kunci


Apa yang perlu kita buat lepas dapat kunci.

Di sebabkan rumah aku siap awal dari tarikh SNP dan bank pun byr ikut schedule so kes aku kurang le complicated sikit. Tak perlu nak merayu2 nak kurangkan interest kannnn. Kalau pemaju lambat siap korang boleh tuntut charged kelewatan. Begitu juga kalau bank bayar lambat kat pemaju, diaorang pulak boleh claim dgn kita. Simpan lah segala surat menyurat korang utk rujukan kemudian hari. Kalau dah ok semua pergilah ke step seterusnya.

Sekiranya ada yg tak lama lagi dapat kunci buat le macam aku buat ni.
-bawak  marker dan tape putih untuk tanda segala defect tu.
-goyang2kan segala sinki dlm bilik air tu tgok ok ke tak pemasangannya.
-bukak tutup semua tingkap nak tgok smooth ke tak
-perhatikan dinding klau2 ada crack @ cat tak rata.
-pintu/gelongsor tangga pun kena check
-periksa semua kunci boleh lock dan unlock.
-ketuk2 sikit lantai nak tengok ada hollow ke tak.
-check segala getah/silicon kat tingkap kot2 ada yg ternganga @ ada ruang diatas tingkap
- Goyangkan segala suis dan point yg ada untuk tgok kemas ke tak pemasangannya.
- Yg terakhir ambil la berapa byk masa untuk meneliti segala kerosakan yang ada. Kadang2 walau dah lihat berulang kali tapi kita tak perasan juga. Jadi, jgn terburu-buru. Pusing lah tmpt yg sama byk kali pun tak pe. Takde org nak marah pun.

Aku ni pulak jenis selalu lupa nak ambik gambar. Ini ajalah gambar yg ada, tupun my little angel yg snapkan.
defect siap2 ditanda

cat menitik atas lantai
pintu ketat nak bukak/tutup

Disebabkan rumah aku takde meter elektrik dan air lagi, tak dpt le aku nak check part yg tu lagi. Yg bagus nya segala kerosakan yg aku dah tanda tadi terus dibaiki. Tak payah isi borang. Jadi mandur hari tu tengok je dia org buat sampai siap kalau larat nak tunggu le.Pukul 2.30ptg aku pun dah letih chow dululah...


Kunci rumah baru

Dah dapat kunci rumah…

Yeahhh akhirnya dapat pun kunci rumah setelah byk kali buat kacau ngan developer. Hahaaa 5hari buat appointment kononnya nak bagi masa utk dia org check balik umah kita tu. Bagi dlm keadaan elok katanya. So tanggal 17/09/2014 boleh le ambik kunci. Nasib baik takde late payment charges jadi kenalah byr RM424.99 iaitu duit maintenance dan quit rent.

2 tahun tunggu baru boleh dpt

Pukul 10.30pg smpai umah tgok pintu ternganga je. Tak payah ambik kunci pun dah boleh masuk. Dah le depan umah penuh ngan segala mak nenek sampah makanan. Hati mengelegak je masa tu. Dlm 5 minit camtu baru ada sorang pekerja developer tu dtg kelam kabut sapu semua sampah dlm dan luar rumah. Aku pulak, apa lagi terus buat operasi tanda segala defect yg ada tanpa tunggu perkerja maintenance yg sepatutnya mengiringi kita org. Aku pun malas nak call. Senang aku nak buat operasi tanpa kawalan. Lepas 15 minit baru dia org smpai berserta contractor yg harus membaiki defect tu lah. Sakit hati bila tengok byk sgt defect. Nasib baik aku dah buat persediaan awal tadi. Takde le aku kena sebutkan satu2. Nahhh pergi je tengok tempat yg dah aku tandakan tadi.  Win2 situation gitu. Aku senang pekerja contractor tu pun senang. Dah abis pusing 1 rumah baru le dpt kunci rumah.. sadis benor nak dpt kunci. Dah masuk baru boleh dpt kunci. Yg penting ko baiki dulu mana yg aku dah tandakan tu.


Meter air ngan letrik blm pasang lagi. Kalau dah pasang apa bala lagi le yg aku kena hadap. Aku harap semuanya ok la. Jgan la ada major kerosakan. Terutama bab2 yg melibatkan air2 ni, renyah wehhhh.

Khamis, 4 September 2014

Keterujaan melampau

 Jumaat yang lepas pergi ambik surat berdaftar dari pejabat pos. Developer dah hantar surat menyatakan dahboleh ambik kunci rumah. Argggg keterujaan melampaui batasan. Bila call developer rupanya bank belum released last payment. Cehhh menjunam 90darjah keterujaannya. Mulala rasa bengang..dah tau blm released payment kenapa lah ko antor surat cepat2 labu??? Based on SNP rumah dijangka siap bln Dec14 jadinya awal dlm 3 bln la.

 So aku pun dah start la google perkara2 yg berkaitan ngan rumah ni. Byk info yang berguna tetapi banyak yg tak berapa complete. Tambahan pula aku ni memang jenis yang blurrrr je memanjang. Setakat cakap2, baca2 ni memang payah nak paham. Budget perkara pertama yg aku buatlah.. Syok2 rancang itu ini last2 duit takdak..huhhh tak guna gak kan. So aku try utk minimise kan sebanyak mungkin kehendak. Aku utamakan keperluan sbb budget aku mmg ketat..hohohohoooo

 Pada hari Sabtu pulak sempat la aku pergi homedec kat bukit jalil tu. Aku ni pulak jenis klau berjalan memang susah arr nak ambik gambar. Aku try le tepek mana2 yang ada. Aku punya pandangan memang best la kalau nak cari barang kelengkapan rumah tetapi kebanyakannya memang harga yg mahal mungkin sepadan dengan quality dan brandnya. Kenapalah takbyk kedai yg mampu milik masuk exibition tu. Untuk rumah baru of course la byk barang nak dibelikan. Kalau setiap satu barang cecah RM5k mau putus urat kentut dibuatnya. So aku hanya booking hob, hood dan oven itupun brand cap ayam je...hukhukhukhuk