Khamis, 26 Jun 2014

ronda-ronda pantai timur

Balik dari pulau perhentian kami singgah bermalam di tune hotel kota bharu. Hotel yg simple tetapi sangat bersih waluapun agak sempit tetapi memadai lah utk satu malam sahaja. Terletak berhadapan dengan KB Mall. Oleh kerana dah terlampau penat tak snap gambar pun.
pemandangan dari hotel

Malam tu berkesempatan singgah di Wakaf Che Yeh. Tempatnya mmg sesak yg amat. Kalau ada anak kecil mmg kurang sesuai singgah di situ. Suasananya seperti di pasar malam @ down town la kalau kat KL ni.
peniga mknan di wakaf che yeh


Antara gerai jualan yg ada


Pada ke esokannya selepas breakfast di warung tepi jlan aku terus bergerak ke rantau panjang. Tempat membeli belah yang memang padat tetapi sangat seronok kerana terdapat berbagai pilihan kain baju, barang kelengkapan rumah, buah buahan dan sebagainya dengan harga yg sangat murah. Kat sini pun tak sempat nak ambik gambar byk2 sebab cuaca sangat panas dan mengejar masa untuk pulang ke kg aku pulak. So cepat2 beli apa yg berkenan di hati sebab kedai2 disitu amatlah berkuapnya seperti duduk dlam sauna rasanya.



yeahhh pasar besar rantau panjang
muka teruja tak rasa panas lagi masa ni
kami bergerak dari rantau panjang lebih kurang pukul 12 tengahari menghala ke kemaman. Berdoa dlam hati agar cepat sampai sebab nak singgah beli keropok dan makan sata serta otak2 di kemaman. Walaupun hujan lebat alhamdullilah dapat sampai sebelum kedai tutup...hahahahaha......

antara gmbr yg sempat di ambil



kami bergerak dari rantau panjang lebih kurang pukul 12 tengahari menghala ke kemaman. Berdoa dlam hati agar cepat sampai sebab nak singgah beli keropok dan makan sata serta otak2 di kemaman. Kedai pilihan semesti lah di warung Aziz sata kan. Walaupun hujan lebat alhamdullilah dapat sampai sebelum kedai tutup...hahahahaha......



hinnga ketemu lagi

otak otak dan pulut pangang


otak otak

sata
Inilah hasilnya 
beli lagi sampai dah tak muat dah

Aku sampai di kg ku di Pekan, pahang lebih kurang pukul 8.30mlm. Dengan berbeg baju yg tidak berbasuh. Apalagi start mencuci sebab ada dua malam lagi sebelum blk ke KL. 
Inilah rumah mok aku..   sebelum blk kl aku sempat singgah umah mak mertua aku sekejap. Mana tah gambar tak jmpa dah. Berakhirlah percutian aku utk kali ni selama7 hari 6 mlm.  Masa untuk mencari rezeki pulok. Moga di beri kesempatan lagi di lain masa.



Ahad, 22 Jun 2014

Perhentian Island Resort

Pulau perhentian ni ada dua iaitu perhentian kecil dan perhentian besar. So, aku  & family pergi ke perhentian Besar di Perhentian Island Resort. Naik bot haruslah di Jeti kat Besut kan. Sampai kat jeti tengok mmg ramai lah manusia yg menunggu untuk menaiki bot. Sebenarnya aku tak berapa suka naik bot2 ni. Bukan apa tak pandai berenang kaedahnya . Seram lah kan manalah tau kot2 ada kejadian yg tak diingini. Alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang tanpa sebarang masalah.

Perjalanan dari jeti besut ke resort mengambil masa  lebih kurang 30 minit. Kami menaiki bot pada pukul 1.30 pagi dengan keadaan cuaca yg sangat baik. Tempatnya memang cantik dan air yg sangat jernih. Tak payah menyelam pun boleh nmpk ikan. cool gila.

di jeti kuala  besut
Muka teruja naik bot

pemandangan mula2 sampai

sampai je dah waktu lunch

Mkan tengahari

sekitar tempat mkn



suasana dlm bilik.. Agak suram, aku tak berapa berkenan. sakit mata dengan cahaya yg malap tu

kolam renang pun ado kau

pemandangan dari bilik

tempat bbq

inilah chalet nya

rumah boleh juga di sewa

en suami snorkeling katanya

anak2 riang gembira


kakak yg enjoy dgn activitinya.. nasibla dah pandai berenang

bbq di mlm hari.. lepas magrib pun suasana masih cerah

air yg jernih


sunset di pulau perhentian.. matahari tak nmpk terlindung dengan pulau kecil di sebelah.


Secara kesulurahan memang ok lah tmpt ni. facilities nya pun byk. Ada spa, karaoke kedai cenderamata pun ada. Siap duit jelah noks. Cuma keadaan di dalam bilik air sangat tidak bersih. Harus di pertingkatkan lagi. Dalam bilik pun lampu malap je. Mmg aku tak berapa suka, semut lalu pun tak nmpk. Bayaran agak mahal kerana di kira kepala. Budak 12 tahun pun sudah di kira dewasa. Sebab aku ditaja makanya aku enjoy ajelah..hihihihi.......




Selasa, 17 Jun 2014

Tmpt makan best di Besut





Menginap di Besut berpelung untuk makan malam di Zul ikan bakar. Tempat mkn yang agak popular di area besut. Nasib baik datang awal kerana pelanggan mmg ramai. Kedai ni hanya buka mlm bermula 8.00 pm. Hari ni isnin tutup yer.

Makanan lautnya memang segar dan agak banyak pilihan. Tapi kalau makan kat sini tiada tomyam atau menu ala cart. Yg ada hanya la yg bakar2 dan goreng tepung sahaja. Boleh pilih dan timbang untuk menentukan harganya.

Kedai ni terletak berhampiran dengan tempat penginapan kami di Primula Pointry Besut sebelum  jambatan menghala ke besut. Kalau pergi ke Besut mmg tak rugi untuk mencuba.


Harga makanan yang siap dimasak

udang dan sotong goreng tepung

saiz udang yg agak besar

Inilah rupa ikan bakar

udang bakar


lupa nak snap gambar sotong..yg ni ready utk dimakan
 
pilihlah yg mana berkenan



Ikan goreng tepung pun ado

 dan seterusnya biarlah gambar berbicara


 







 Order terlampau byk sampai berlebihan sebab dah terlebih mkn seafood celup tepung...Semua ni di taja oleh adik ipar ku yg pemurah. Semoga korang dilimpah kan rezeki yg berpanjangan, diberkati serta sihat sentiasa hendaknya...