Rabu, 30 September 2015

Rendang daging korban mudah

Lama tidak menulis. Rasa nya blm terlambat untuk mengucapkan salam Aidiladha. Semoga segala amalan kebaikan kita diterima oleh yang Maha esa. Semoga jemaah2 haji kita selamat pulang ke tanah air dan Alfatihah untuk yang telah pergi.
Bila cerita tentang Aidiladha mesti tak lari dengan cerita daging korban. So nak cerita la sikit buat rendang daging korban mlm tadi. Alhamdulillah kenyang dah pun. Daging pun byk juga lah sebab abah ku pun turut membuat korban tahun ni..

Resepi rendang aku senang aje. bahan2 mcm dibawah..semua main agak2 je

daging - sekilo agaknya-sbb aku x timbang
1inci halia
1inci lengkuas
3 btg serai
5 sudu besar cili yg telah diblend dgn bawang merah/putih-mmg sentiasa ada dlm fridge
sebungkus rempah rendang mak siti
sekotak santan cap ayam kaler biru..
2 helai daun kunyit
minyak utk menumis
*kalau x tumis pun boleh..masuk kan bersama daging..tumis untuk memastikan cili garing supaya x sakit perut bagi yg sensitif dgn cili

caranya...

rebus daging 
blend halia, lengkuas, serai bersama ngan cili 
dlm kuali tumis ramuan...dah naik bau masuk rempah yg telah di campur air.
masak sampai naik minyak.. 
curah kan dlm periuk rebusan daging
masak sampai daging empuk..letakan santan
perasakan garam, gula asam
tunggu sampai kering..ikut kesukaan..
masukan daun kunyit yg diracik

Tadaaa dah siap



tunggu kering

nasi impit rebus dlm rice cooker je..45 minit siap masak

siap dihidang utk kami 3 beranak je..kakak x de duduk hostel

tak sabar nak makan masa ni..

Rabu, 15 April 2015

katering di Semenyih



Doa selamat dan housewarming


  Baru berkesempatan untuk bercerita. Pada 15/3/2015 yang lalu  kami baru berkesempatan untuk menjemput kawan2 ke rumah baru kami. Tiada apa yang menarik. Hanya untuk berkongsi kegembiraan bersama kawan2 dan saudara mara. Juga perasaan syukur yang tidak terhingga kerana di permudahkan dari segala kesulitan.

 Tetamu yang aku jemput pun tak ramai. Order dalam 100 orang je. Paling banyak dia ambik order pun hanya 500 dan kebawah sahaja. So sesiapa yang tinggal di kawasan Semenyih/beranang yang ingin membuat majlis kecil-kecilan boleh la order dengan puan zila. Contact no 019 2441825. Disamping hidangan yang enak harganya pula sangat berpatutan mengikut menu pilihan aku sendiri la. Bagi aku memang sangat berpuas hati.


  Terima kasih di ucapkan kepada kawan2 dan saudara2 yang telah datang memeriahkan majlis kami. Maaf diatas segala kekurangan ada. Jom kita layan gmbr di bawah.



bidadari coklat

posing

posing lagi

kakak yg suka posing

menu buatan sendiri bkn buatan org

deco2 ceria

Antara makanan


sate order dgn kawan hubby

mangkuk aje yg ada lupa nak snap gmbr bubur kacang

masak lemak daging salai, ayam goreng rempah, sayur buncis goreng, ulam ulaman


buah tembikai pun masuk package



last sekali gambar tetemu yg dtg takde. hahaha tak smpt nak snap. Gmbr dessert2 yg lain pun tak smpt nak snap..



Khamis, 5 Februari 2015

Temerloh Bandar Ikan Patin




Entry ni dah lama karang duk dlm inbox. So baru berpeluang untuk publish. So layan la aje kannn…..  
Pada sabtu yg lepas aku menghantar anak untuk sesi temu uji untuk sekolah agama Al khairiah di temerloh. Tapi aku bukan nak citer pasal sekolah tapi nak citer tempat mkn yg best dan agak popular di situ. Seperti yg semua tahu Temerloh memang tidak asing lagi dengan ikan patin nya. Jadi atas request anak2 dan suami nak mkn ikan patin tempoyak aku kena lah turutkan walau pun aku tak makan ikan patin.. Waaaa nangis kuat2. Kedai makan pilihan ialah Gobang Maju yang terletak betul2 di bawah jambatan temerloh. Sblm gi kedai tu aku pun menapau le lauk lain sbb kat kedai tu ada ikan patin je wehh…

Anak2 dan suami aku mmg kata terbaik la. Cukup rasa dan tak berbau. Harga pun masih ok. Set nasi dalam RM13.00 kalau tak silap. Takde le terkejut kena beribu2 mcm selalu diperkatakan di fb tu. So, sila2lah cuba yer. Bkn setakat makan tapau sekali untuk mkn kat umah pulak.  Semuanya licinnnn…..

Catatan pertama 2015

Dah lama tak berkesempatan untuk menulis. Terlalu banyak benda yang hendak dibuat dan dipertimbangkan pada hujung tahun 2014 dan awal 2015. Banyak yg terlepas untuk di kongsikan. Bermula September 2014 sibuk dengan urusan renovation sehinggalah December 2014 untuk berpindah dan mencari sekolah anak2.


Pembukaan tahun 2015 pulak di uji dengan batuk kritikal yang berpanjangan sehingga dimasuk ke hospital untuk diberi antibiotic. Hanya sekarang baru dapat bernafas dengan lega meskipun masih mendapat rawatan susulan. Alhamdullilah masih diberi kesihatan yang baik. Syukur padamu ya Allah.