Khamis, 5 Februari 2015

Temerloh Bandar Ikan Patin




Entry ni dah lama karang duk dlm inbox. So baru berpeluang untuk publish. So layan la aje kannn…..  
Pada sabtu yg lepas aku menghantar anak untuk sesi temu uji untuk sekolah agama Al khairiah di temerloh. Tapi aku bukan nak citer pasal sekolah tapi nak citer tempat mkn yg best dan agak popular di situ. Seperti yg semua tahu Temerloh memang tidak asing lagi dengan ikan patin nya. Jadi atas request anak2 dan suami nak mkn ikan patin tempoyak aku kena lah turutkan walau pun aku tak makan ikan patin.. Waaaa nangis kuat2. Kedai makan pilihan ialah Gobang Maju yang terletak betul2 di bawah jambatan temerloh. Sblm gi kedai tu aku pun menapau le lauk lain sbb kat kedai tu ada ikan patin je wehh…

Anak2 dan suami aku mmg kata terbaik la. Cukup rasa dan tak berbau. Harga pun masih ok. Set nasi dalam RM13.00 kalau tak silap. Takde le terkejut kena beribu2 mcm selalu diperkatakan di fb tu. So, sila2lah cuba yer. Bkn setakat makan tapau sekali untuk mkn kat umah pulak.  Semuanya licinnnn…..

Catatan pertama 2015

Dah lama tak berkesempatan untuk menulis. Terlalu banyak benda yang hendak dibuat dan dipertimbangkan pada hujung tahun 2014 dan awal 2015. Banyak yg terlepas untuk di kongsikan. Bermula September 2014 sibuk dengan urusan renovation sehinggalah December 2014 untuk berpindah dan mencari sekolah anak2.


Pembukaan tahun 2015 pulak di uji dengan batuk kritikal yang berpanjangan sehingga dimasuk ke hospital untuk diberi antibiotic. Hanya sekarang baru dapat bernafas dengan lega meskipun masih mendapat rawatan susulan. Alhamdullilah masih diberi kesihatan yang baik. Syukur padamu ya Allah.