Selasa, 2 Ogos 2016

CARA MUDAH GUNAKAN PERIUK NOXXA

FUNGSI DAN CARA MENGGUNAKAN PERIUK NOXXA

Hari ni nak cerita berkenaan periuk serbaguna noxxa. Baru je beli. Mula2 tu terkial2 jugak la nak guna. Puas la baca buku manual. Untuk memudahkan, saya kongsikan serba sedikit fungsi dan cara mudah untuk kita lebih memahami. Kalau tidak masuk dlm stor je lah. Rugi beli mahal2 kan.


Berikut adalah senarai fungsi butang dan tugas yang mampu dilakukannya:-
HP #High Pressure - fungsi memasak dalam tekanan tinggi untuk bahan mentah seperti daging, ayam dll
LP #Low Pressure - fungsi memasak dalam tekanan rendah untuk bahan seperti kentang, apple, dll (yang mungkin meletup/pecah dalam tekanan tinggi)
Warm/Reheat - memanaskan dan mencairkan masakan yang disejukbeku selepas dimasak
SF #Stir-Fry - fungsi yang memudahkan anda menumis atau menggoreng dalam periuk Noxxa sebelum disambung dengan fungsi masakan lain
Steam - fungsi memasak dengan cara memanggang makanan seperti nasi kukus atau pau kukus dengan mengguakan air mendidih
Slow Cook - memasak secara perlahan untuk mendapatkan hasil masakan yang lembut dengan rasa yang meresap jauh kedalamnya.
Delay Timer - sangat berguna jika anda ingin memulakan masakan yang perlu diperap. Delay masa maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 8 jam dan kemudian proses memasak berjalan dengan sendiri secara automatik.

Cara Menggunakan Fungsi High & Low Pressure Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot periuk. Pastikan bahan masakan tadi dicampur dengan air minimum 250ml (8oz) untuk lakukan fungi masakan tekanan ini.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan PRESSURE
Pilih fungsi High atau Low Pressure pada butang panel, tekan beberapa kali untuk menentukan berapa masa memasak yang diperlukan dalam kiraan minit (rujuk nombor pada panel)
Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai. Kemudian bunyi BEEP akan kedengaran menandakan masakan anda sudah siap.
Keluarkan tekanan dalam pot dengan meletakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM, biarkan sehingga tekanan habis (selepas knob jatuh pada kedudukan pressure). Kemudian buka penutup mengikut arah putaran jam.

##Cara Menggunakan Fungsi Warm/Reheat Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
Masukan makanan yang hendak dipanaskan kedalam pot.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
Tekan butang WARM/REHEAT pada panel.
Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

#Cara Menggunakan Fungsi Steam Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
Letakan bekas /bakul penahan kedalam pot memasak.
Masukan minimum 250ml air kedasar pot, pastikan kedudukan bekas tadi lebih tinggi daripada paras air.
Letak makanan yang ingin dikukus/stim diatas bekas tadi.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
Tekan buang STEAM dan set masa.
Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

#Cara Menggunakan Fungsi Stir-Fry Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
Masukan sedikit minyak memasak (ikut resepi) kedalam pot.
Tekan butang STIR-FRY pada panel
Tekan butang ON/OFF, setelah minyak cukup panas masukan makanan yang hendak ditumis atau goreng.
Jangan tutup dengan penutup tekanan ketika fungsi ini untuk elak letupan atau kemalangan.
Setelah selesai, tekan butang ON/OFF semula untuk menamatkan sesi, 
kemudian boleh dicampur dengan bahan lain atau disambung dengan fungsi masakan yang lain.

##Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.
Letakan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM
Tekan butang SLOW COOK pada panel dan set masa masakan (maksimum 9.5 jam).
Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

##Cara Menggunakan Fungsi Delay Timer Periuk Noxxa
Pasangkan kod kabel, masukan pot memasak kedalam periuk Noxxa.
Masukan makanan yang hendak dimasak kedalam pot.
Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. (mengikut keperluan fungsi masakan)

Begitulah serba sedikit untuk yang baru memiliki periuk noxxa ni. Bila dah selalu guna mesti dan terror kan. petik jari je x payah baca2 lagi.



Selasa, 24 Mei 2016

TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT KEK DAN BISKUT



Di sini ingin saya kongsikan tips dan rahsia baking yg di kumpulkan dan dikongsi melalui fb. Kadang kala susah untuk kita cari satu persatu di fb. Semoga dengan perkongsian ini dpt dimanafaatkan.Terima kasih kepada tuan empunya yg asal yg telah berkongsi. Semoga kita sama2 beroleh pahala InsyaAllah.



chocolate chip 





penggunaan telur


suhu yang digunakan

sukatan gram kepada cawan
c
Tambah kapsyen

teknik water bath




sukatan gula, mentega dan tepung

Berikut ada beberapa masalah yg sering terjadi apabila kita membuat kek. Disertakan jawapan dan cara untuk mengelakan perkara tersebut terjadi.
kenapa kek terlalu lembab dan leper

tekstur kek terlalu kasar atau berlubang lubang besar

kek mendap di tengah

kek buah mendap

kek menjadi keras

bancuhan tidak sebati

kek menjadi seperti roti

kek menjadi kering

kenapa kek terlalu berat


kek seperti bingka

kenapa kek merekah

kek tidak naik sekata








Jika baking soda tidak berbuih apabila dicampur air panas maka buatla pencuci bilik air je. sayang jika dibuang begitu saja.. boleh dok gitu



Selamat mencuba dan happy baking uolls....