Jumaat, 19 September 2014

Apa nak buat bila dapat kunci


Apa yang perlu kita buat lepas dapat kunci.

Di sebabkan rumah aku siap awal dari tarikh SNP dan bank pun byr ikut schedule so kes aku kurang le complicated sikit. Tak perlu nak merayu2 nak kurangkan interest kannnn. Kalau pemaju lambat siap korang boleh tuntut charged kelewatan. Begitu juga kalau bank bayar lambat kat pemaju, diaorang pulak boleh claim dgn kita. Simpan lah segala surat menyurat korang utk rujukan kemudian hari. Kalau dah ok semua pergilah ke step seterusnya.

Sekiranya ada yg tak lama lagi dapat kunci buat le macam aku buat ni.
-bawak  marker dan tape putih untuk tanda segala defect tu.
-goyang2kan segala sinki dlm bilik air tu tgok ok ke tak pemasangannya.
-bukak tutup semua tingkap nak tgok smooth ke tak
-perhatikan dinding klau2 ada crack @ cat tak rata.
-pintu/gelongsor tangga pun kena check
-periksa semua kunci boleh lock dan unlock.
-ketuk2 sikit lantai nak tengok ada hollow ke tak.
-check segala getah/silicon kat tingkap kot2 ada yg ternganga @ ada ruang diatas tingkap
- Goyangkan segala suis dan point yg ada untuk tgok kemas ke tak pemasangannya.
- Yg terakhir ambil la berapa byk masa untuk meneliti segala kerosakan yang ada. Kadang2 walau dah lihat berulang kali tapi kita tak perasan juga. Jadi, jgn terburu-buru. Pusing lah tmpt yg sama byk kali pun tak pe. Takde org nak marah pun.

Aku ni pulak jenis selalu lupa nak ambik gambar. Ini ajalah gambar yg ada, tupun my little angel yg snapkan.
defect siap2 ditanda

cat menitik atas lantai
pintu ketat nak bukak/tutup

Disebabkan rumah aku takde meter elektrik dan air lagi, tak dpt le aku nak check part yg tu lagi. Yg bagus nya segala kerosakan yg aku dah tanda tadi terus dibaiki. Tak payah isi borang. Jadi mandur hari tu tengok je dia org buat sampai siap kalau larat nak tunggu le.Pukul 2.30ptg aku pun dah letih chow dululah...


Kunci rumah baru

Dah dapat kunci rumah…

Yeahhh akhirnya dapat pun kunci rumah setelah byk kali buat kacau ngan developer. Hahaaa 5hari buat appointment kononnya nak bagi masa utk dia org check balik umah kita tu. Bagi dlm keadaan elok katanya. So tanggal 17/09/2014 boleh le ambik kunci. Nasib baik takde late payment charges jadi kenalah byr RM424.99 iaitu duit maintenance dan quit rent.

2 tahun tunggu baru boleh dpt

Pukul 10.30pg smpai umah tgok pintu ternganga je. Tak payah ambik kunci pun dah boleh masuk. Dah le depan umah penuh ngan segala mak nenek sampah makanan. Hati mengelegak je masa tu. Dlm 5 minit camtu baru ada sorang pekerja developer tu dtg kelam kabut sapu semua sampah dlm dan luar rumah. Aku pulak, apa lagi terus buat operasi tanda segala defect yg ada tanpa tunggu perkerja maintenance yg sepatutnya mengiringi kita org. Aku pun malas nak call. Senang aku nak buat operasi tanpa kawalan. Lepas 15 minit baru dia org smpai berserta contractor yg harus membaiki defect tu lah. Sakit hati bila tengok byk sgt defect. Nasib baik aku dah buat persediaan awal tadi. Takde le aku kena sebutkan satu2. Nahhh pergi je tengok tempat yg dah aku tandakan tadi.  Win2 situation gitu. Aku senang pekerja contractor tu pun senang. Dah abis pusing 1 rumah baru le dpt kunci rumah.. sadis benor nak dpt kunci. Dah masuk baru boleh dpt kunci. Yg penting ko baiki dulu mana yg aku dah tandakan tu.


Meter air ngan letrik blm pasang lagi. Kalau dah pasang apa bala lagi le yg aku kena hadap. Aku harap semuanya ok la. Jgan la ada major kerosakan. Terutama bab2 yg melibatkan air2 ni, renyah wehhhh.

Khamis, 4 September 2014

Keterujaan melampau

 Jumaat yang lepas pergi ambik surat berdaftar dari pejabat pos. Developer dah hantar surat menyatakan dahboleh ambik kunci rumah. Argggg keterujaan melampaui batasan. Bila call developer rupanya bank belum released last payment. Cehhh menjunam 90darjah keterujaannya. Mulala rasa bengang..dah tau blm released payment kenapa lah ko antor surat cepat2 labu??? Based on SNP rumah dijangka siap bln Dec14 jadinya awal dlm 3 bln la.

 So aku pun dah start la google perkara2 yg berkaitan ngan rumah ni. Byk info yang berguna tetapi banyak yg tak berapa complete. Tambahan pula aku ni memang jenis yang blurrrr je memanjang. Setakat cakap2, baca2 ni memang payah nak paham. Budget perkara pertama yg aku buatlah.. Syok2 rancang itu ini last2 duit takdak..huhhh tak guna gak kan. So aku try utk minimise kan sebanyak mungkin kehendak. Aku utamakan keperluan sbb budget aku mmg ketat..hohohohoooo

 Pada hari Sabtu pulak sempat la aku pergi homedec kat bukit jalil tu. Aku ni pulak jenis klau berjalan memang susah arr nak ambik gambar. Aku try le tepek mana2 yang ada. Aku punya pandangan memang best la kalau nak cari barang kelengkapan rumah tetapi kebanyakannya memang harga yg mahal mungkin sepadan dengan quality dan brandnya. Kenapalah takbyk kedai yg mampu milik masuk exibition tu. Untuk rumah baru of course la byk barang nak dibelikan. Kalau setiap satu barang cecah RM5k mau putus urat kentut dibuatnya. So aku hanya booking hob, hood dan oven itupun brand cap ayam je...hukhukhukhuk

Rabu, 20 Ogos 2014

cerita biasa

Hai hai hai lama dah tak update blog. Susah juga rupanya jadi blogger. Tambah2 pula yg memang tak berapa minat menulis ni. Masih dalam mood raya lagi. Every weekend penuh dgn undangan rumah terbuka. Kat opis pun masih dengan jamuan raya juga. Di tambah lagi anak yg sulung bakal menduduki UPSR bln awal bln September. Semoga kakak dapat keputusan yg membanggakan untuk diri kakak.

Kali ni hanya nak kongsi kisah2 biasa dlm kehidupan. Pernah tak apabila kita susah dan mengharapkan pertolongan orang tiada siapa yg datang membantu. Tetapi apabila kita sudah tidak memerlukan pertolongan barulah bantuan itu tiba. Ibaratnya orang yg lemas di lautan terkapai2 tetapi yang di atas hanya memandang. Tetapi apabila sudah lenyap dari pandangan barulah pelampung di baling ketengah laut. Itulah rumitnya sebuah kehidupan. Biar ditimpa kesusahan tetapi jangan pernah berhenti berharap, berdoa dan berusaha.


Khamis, 10 Julai 2014

Rambut Mahkota Wanita

Kali ni aku nak ceritakan tentang penjagaan rambut. Rambutkan mahkota katanya. So walaupun kita ni wanita2 yg  berhijab rambut mesti lah kena jaga jugak kan. Jangan dok kepam dalam tudung tu. Kalau rambut tak di cuci dan di jaga dengan  betul baunya pun boleh jadi semacam. Tambah pulak kalau yg mmpunyai rambut yg panjang dan tebal. Kalau byk duit tu boleh le seminggu sekali pergi ke salon. Tapi yg aku nak cerita ni penjagaan harian la. Takkan nak sikat rambut pun nak gi ke salon kan. Boleh kopak dibuatnya. Kat sini aku kongsikan sedikit barang2 yg biasa aku guna untuk penjagaan rambut. Tak le bila duk rumah tu gerbanggggggg je mcm hantu kak limah. Ianya tidak lah membuat kan aku cantik jelita tapi biarlah nmpk terurus sedap mata memandang dan juga selesa.

Memang kita tidak dapat mengubah rupa fizikal kita tapi berusahalah untuk memilihara kecantikan kerana kecantikan adalah hak milik setiap insan... fuhhh baca ala2 iklan gitu..

Inilah antara barang yg aku miliki



Nilah sikat ajaib. Sebab apa aku kata ajaib?? sebabnya dia boleh menyikat dan mengeringkan sekali gus. Rambut pun akan jadi lebih terurus gitu. Takde masalah kalau nak cuci rambut waktu malam atau sebelum ke tempat kerja. Lap dahulu rambut pastu boleh la guna sikat ajaib ni. Dlam tempoh 10 minit dah kering. Aku dah guna lebih 4 tahun dah rasanya. Memang berbaloi dan memudahkan.

Sebelum ada sikat ajaib tu, nilah yg aku guna bila nak keringkan rambut. Bagi aku agak susah sikat sebab kena guna dua tangan. Sikat dan dryer sekali gus. Ni aku dah guna jarang2 je.
 


yang ni pulak bila aku ada byk masa terluang nak luruskan rambut le konon2nya. Selalu weekend la kan. Tak pun aku buat uji kaji kat rambut anak2 aku ..hahaha


Ini ada antara produk yg aku guna selain dari syampoo dan perapi la kan.


Ni nama dia thermal protector. Guna sblm kita gunakan alat2 yg panas tadi. Tujuannya untuk melindungi rambut dari kepanasan yg melampau supaya rambut tak rosak dan hangus. Klau kerap guna sikat ajaib tu dlm kepanasan tinggi takut hangus lak rambut tu. Lain le kalau ko tu jenis sabarkan tak payah guna benda ni pun tak apa. Nipun dah nak abis. Kena beli baru la nmpknya.

Yang ni pulak serum rambut dengan anti hair fall. Serum rambut ni guna bila dah siap kerja2 mendandan tulah. Belilah apa2 brand pun takpe. Byk je jual kat kedai2 rambut tu. Yang ni aku beli sebab ada offer masa tu. Sblm ni pun aku pakai brand lain. Disesebabkan rambut aku banyak gugur, jadi aku kena lah pakai anti hair fall ni. Maklumla dah berumur. Habis luruh segala rambut2 ni.

gambar dari dekat.

Oleh itu yer, jgnlah memberi alasan tak sempatlah tak cukup masalah sebab setiap wanita berhak untuk cantik dan menjaga kebersihan diri biar pun kita ini adalah wanita2 brutal.hahahahaha....Tambah2 yg bertudung tu lagi lah kena jagakan. Berbelas jam dah terperuk sesekali boleh lah sanggul pulak ke. Bkn nya untuk orang lain untuk kepuasan kita jugakan.






Rabu, 2 Julai 2014

Progress rumah baru

Alhamdullilah, pada hujung tahun 2012 yg lepas dimurahkan rezeki dapat beli landed property pulak. Penat dah 12 tahun naik turun tangga. Biarpun kecil tapi tak ler teruk kalau beli barang dapur nak angkut ke atas kannnn. Rumah tu pun di jangka siap pada tahun ni lah dlam bln 12.2014 camtu. Developer pun dah start mintak duit deposit untuk api dan air. Alang2 dah gi bayar deposit so aku pun jengok la sekali rumah kami. Sblm ni pun dah kerap jugak jengoknya. Yerlah duit bulan2 dah kena bayar kat bank kan. So kena la selalu tengok progressnya.

Proses untuk rumah landed property siap mengambil masa 24 bln di kira dari tarikh kita sign S&P. Sekiranya developer gagal menyiapkan dlm tempoh itu kita boleh claim kelewatan tersebut. Tetapi jika pihak bank lewat membayar progress payment selalunya kita sebagai pembeli pulak lah yg kena tanggung interest kelewatan tersebut. Setakat ini aku simpan segala surat menyurat dari pihak bank dan developer untuk rujukan akan datang. Manalah tau bila cukup masa dpt kunci developer akan charge pulak kan. Harap2 tidak la kan.


pemandangan dari luar

dari tepi..tapi bkn rumah aku kohkohkoh

rumah aku sebelah yg tepi tadi

pandangan dari depan
zoom sikit dari dalam

replica dlm rumah



Untuk org yg tak berapa berduit mcm aku ni boleh beli rumah dipinggir bandar je lah kan. Nak travel gi kerja jauh gak le. Apakan daya ini aje la yg termampu.. Apapun aku tetap bersyukur sbb di berikan rezeki. Harapnya semua mengikut jadual lah.

Khamis, 26 Jun 2014

ronda-ronda pantai timur

Balik dari pulau perhentian kami singgah bermalam di tune hotel kota bharu. Hotel yg simple tetapi sangat bersih waluapun agak sempit tetapi memadai lah utk satu malam sahaja. Terletak berhadapan dengan KB Mall. Oleh kerana dah terlampau penat tak snap gambar pun.
pemandangan dari hotel

Malam tu berkesempatan singgah di Wakaf Che Yeh. Tempatnya mmg sesak yg amat. Kalau ada anak kecil mmg kurang sesuai singgah di situ. Suasananya seperti di pasar malam @ down town la kalau kat KL ni.
peniga mknan di wakaf che yeh


Antara gerai jualan yg ada


Pada ke esokannya selepas breakfast di warung tepi jlan aku terus bergerak ke rantau panjang. Tempat membeli belah yang memang padat tetapi sangat seronok kerana terdapat berbagai pilihan kain baju, barang kelengkapan rumah, buah buahan dan sebagainya dengan harga yg sangat murah. Kat sini pun tak sempat nak ambik gambar byk2 sebab cuaca sangat panas dan mengejar masa untuk pulang ke kg aku pulak. So cepat2 beli apa yg berkenan di hati sebab kedai2 disitu amatlah berkuapnya seperti duduk dlam sauna rasanya.



yeahhh pasar besar rantau panjang
muka teruja tak rasa panas lagi masa ni
kami bergerak dari rantau panjang lebih kurang pukul 12 tengahari menghala ke kemaman. Berdoa dlam hati agar cepat sampai sebab nak singgah beli keropok dan makan sata serta otak2 di kemaman. Walaupun hujan lebat alhamdullilah dapat sampai sebelum kedai tutup...hahahahaha......

antara gmbr yg sempat di ambil



kami bergerak dari rantau panjang lebih kurang pukul 12 tengahari menghala ke kemaman. Berdoa dlam hati agar cepat sampai sebab nak singgah beli keropok dan makan sata serta otak2 di kemaman. Kedai pilihan semesti lah di warung Aziz sata kan. Walaupun hujan lebat alhamdullilah dapat sampai sebelum kedai tutup...hahahahaha......



hinnga ketemu lagi

otak otak dan pulut pangang


otak otak

sata
Inilah hasilnya 
beli lagi sampai dah tak muat dah

Aku sampai di kg ku di Pekan, pahang lebih kurang pukul 8.30mlm. Dengan berbeg baju yg tidak berbasuh. Apalagi start mencuci sebab ada dua malam lagi sebelum blk ke KL. 
Inilah rumah mok aku..   sebelum blk kl aku sempat singgah umah mak mertua aku sekejap. Mana tah gambar tak jmpa dah. Berakhirlah percutian aku utk kali ni selama7 hari 6 mlm.  Masa untuk mencari rezeki pulok. Moga di beri kesempatan lagi di lain masa.



Ahad, 22 Jun 2014

Perhentian Island Resort

Pulau perhentian ni ada dua iaitu perhentian kecil dan perhentian besar. So, aku  & family pergi ke perhentian Besar di Perhentian Island Resort. Naik bot haruslah di Jeti kat Besut kan. Sampai kat jeti tengok mmg ramai lah manusia yg menunggu untuk menaiki bot. Sebenarnya aku tak berapa suka naik bot2 ni. Bukan apa tak pandai berenang kaedahnya . Seram lah kan manalah tau kot2 ada kejadian yg tak diingini. Alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang tanpa sebarang masalah.

Perjalanan dari jeti besut ke resort mengambil masa  lebih kurang 30 minit. Kami menaiki bot pada pukul 1.30 pagi dengan keadaan cuaca yg sangat baik. Tempatnya memang cantik dan air yg sangat jernih. Tak payah menyelam pun boleh nmpk ikan. cool gila.

di jeti kuala  besut
Muka teruja naik bot

pemandangan mula2 sampai

sampai je dah waktu lunch

Mkan tengahari

sekitar tempat mkn



suasana dlm bilik.. Agak suram, aku tak berapa berkenan. sakit mata dengan cahaya yg malap tu

kolam renang pun ado kau

pemandangan dari bilik

tempat bbq

inilah chalet nya

rumah boleh juga di sewa

en suami snorkeling katanya

anak2 riang gembira


kakak yg enjoy dgn activitinya.. nasibla dah pandai berenang

bbq di mlm hari.. lepas magrib pun suasana masih cerah

air yg jernih


sunset di pulau perhentian.. matahari tak nmpk terlindung dengan pulau kecil di sebelah.


Secara kesulurahan memang ok lah tmpt ni. facilities nya pun byk. Ada spa, karaoke kedai cenderamata pun ada. Siap duit jelah noks. Cuma keadaan di dalam bilik air sangat tidak bersih. Harus di pertingkatkan lagi. Dalam bilik pun lampu malap je. Mmg aku tak berapa suka, semut lalu pun tak nmpk. Bayaran agak mahal kerana di kira kepala. Budak 12 tahun pun sudah di kira dewasa. Sebab aku ditaja makanya aku enjoy ajelah..hihihihi.......