Dah dapat kunci rumah…
Yeahhh akhirnya dapat pun kunci rumah setelah byk kali buat
kacau ngan developer. Hahaaa 5hari buat appointment kononnya nak bagi masa utk
dia org check balik umah kita tu. Bagi dlm keadaan elok katanya. So tanggal
17/09/2014 boleh le ambik kunci. Nasib baik takde late payment charges jadi
kenalah byr RM424.99 iaitu duit maintenance dan quit rent.
| 2 tahun tunggu baru boleh dpt |
Pukul 10.30pg smpai umah tgok pintu ternganga je. Tak payah
ambik kunci pun dah boleh masuk. Dah le depan umah penuh ngan segala mak nenek
sampah makanan. Hati mengelegak je masa tu. Dlm 5 minit camtu baru ada sorang
pekerja developer tu dtg kelam kabut sapu semua sampah dlm dan luar rumah. Aku
pulak, apa lagi terus buat operasi tanda segala defect yg ada tanpa tunggu
perkerja maintenance yg sepatutnya mengiringi kita org. Aku pun malas nak call.
Senang aku nak buat operasi tanpa kawalan. Lepas 15 minit baru dia org smpai
berserta contractor yg harus membaiki defect tu lah. Sakit hati bila tengok byk
sgt defect. Nasib baik aku dah buat persediaan awal tadi. Takde le aku kena
sebutkan satu2. Nahhh pergi je tengok tempat yg dah aku tandakan tadi. Win2 situation gitu. Aku senang pekerja
contractor tu pun senang. Dah abis pusing 1 rumah baru le dpt kunci rumah..
sadis benor nak dpt kunci. Dah masuk baru boleh dpt kunci. Yg penting ko baiki
dulu mana yg aku dah tandakan tu.
Meter air ngan letrik blm pasang lagi. Kalau dah pasang apa
bala lagi le yg aku kena hadap. Aku harap semuanya ok la. Jgan la ada major
kerosakan. Terutama bab2 yg melibatkan air2 ni, renyah wehhhh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan