Jumaat, 19 September 2014

Apa nak buat bila dapat kunci


Apa yang perlu kita buat lepas dapat kunci.

Di sebabkan rumah aku siap awal dari tarikh SNP dan bank pun byr ikut schedule so kes aku kurang le complicated sikit. Tak perlu nak merayu2 nak kurangkan interest kannnn. Kalau pemaju lambat siap korang boleh tuntut charged kelewatan. Begitu juga kalau bank bayar lambat kat pemaju, diaorang pulak boleh claim dgn kita. Simpan lah segala surat menyurat korang utk rujukan kemudian hari. Kalau dah ok semua pergilah ke step seterusnya.

Sekiranya ada yg tak lama lagi dapat kunci buat le macam aku buat ni.
-bawak  marker dan tape putih untuk tanda segala defect tu.
-goyang2kan segala sinki dlm bilik air tu tgok ok ke tak pemasangannya.
-bukak tutup semua tingkap nak tgok smooth ke tak
-perhatikan dinding klau2 ada crack @ cat tak rata.
-pintu/gelongsor tangga pun kena check
-periksa semua kunci boleh lock dan unlock.
-ketuk2 sikit lantai nak tengok ada hollow ke tak.
-check segala getah/silicon kat tingkap kot2 ada yg ternganga @ ada ruang diatas tingkap
- Goyangkan segala suis dan point yg ada untuk tgok kemas ke tak pemasangannya.
- Yg terakhir ambil la berapa byk masa untuk meneliti segala kerosakan yang ada. Kadang2 walau dah lihat berulang kali tapi kita tak perasan juga. Jadi, jgn terburu-buru. Pusing lah tmpt yg sama byk kali pun tak pe. Takde org nak marah pun.

Aku ni pulak jenis selalu lupa nak ambik gambar. Ini ajalah gambar yg ada, tupun my little angel yg snapkan.
defect siap2 ditanda

cat menitik atas lantai
pintu ketat nak bukak/tutup

Disebabkan rumah aku takde meter elektrik dan air lagi, tak dpt le aku nak check part yg tu lagi. Yg bagus nya segala kerosakan yg aku dah tanda tadi terus dibaiki. Tak payah isi borang. Jadi mandur hari tu tengok je dia org buat sampai siap kalau larat nak tunggu le.Pukul 2.30ptg aku pun dah letih chow dululah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan