Kali ni aku nak ceritakan tentang penjagaan rambut.
Rambutkan mahkota katanya. So walaupun kita ni wanita2 yg berhijab rambut mesti lah kena jaga jugak
kan. Jangan dok kepam dalam tudung tu. Kalau rambut tak di cuci dan di jaga
dengan betul baunya pun boleh jadi
semacam. Tambah pulak kalau yg mmpunyai rambut yg panjang dan tebal. Kalau byk duit tu boleh le seminggu sekali pergi ke salon. Tapi yg aku nak cerita ni penjagaan harian la. Takkan nak sikat rambut pun nak gi ke salon kan. Boleh kopak dibuatnya. Kat sini aku
kongsikan sedikit barang2 yg biasa aku guna untuk penjagaan rambut. Tak le bila
duk rumah tu gerbanggggggg je mcm hantu kak limah. Ianya tidak lah membuat kan aku cantik jelita tapi biarlah nmpk terurus sedap mata memandang dan juga selesa.
Memang kita tidak dapat mengubah rupa fizikal kita tapi berusahalah untuk memilihara kecantikan kerana kecantikan adalah hak milik setiap insan... fuhhh baca ala2 iklan gitu..
 |
| Inilah antara barang yg aku miliki |
 |
| Nilah sikat ajaib. Sebab apa aku kata ajaib?? sebabnya dia boleh menyikat dan mengeringkan sekali gus. Rambut pun akan jadi lebih terurus gitu. Takde masalah kalau nak cuci rambut waktu malam atau sebelum ke tempat kerja. Lap dahulu rambut pastu boleh la guna sikat ajaib ni. Dlam tempoh 10 minit dah kering. Aku dah guna lebih 4 tahun dah rasanya. Memang berbaloi dan memudahkan. |
 |
| Sebelum ada sikat ajaib tu, nilah yg aku guna bila nak keringkan rambut. Bagi aku agak susah sikat sebab kena guna dua tangan. Sikat dan dryer sekali gus. Ni aku dah guna jarang2 je. |
 |
yang ni pulak bila aku ada byk masa terluang nak luruskan rambut le konon2nya. Selalu weekend la kan. Tak pun aku buat uji kaji kat rambut anak2 aku ..hahaha
 |
| Ini ada antara produk yg aku guna selain dari syampoo dan perapi la kan. |
|
 |
| Ni nama dia thermal protector. Guna sblm kita gunakan alat2 yg panas tadi. Tujuannya untuk melindungi rambut dari kepanasan yg melampau supaya rambut tak rosak dan hangus. Klau kerap guna sikat ajaib tu dlm kepanasan tinggi takut hangus lak rambut tu. Lain le kalau ko tu jenis sabarkan tak payah guna benda ni pun tak apa. Nipun dah nak abis. Kena beli baru la nmpknya. |
 |
| Yang ni pulak serum rambut dengan anti hair fall. Serum rambut ni guna bila dah siap kerja2 mendandan tulah. Belilah apa2 brand pun takpe. Byk je jual kat kedai2 rambut tu. Yang ni aku beli sebab ada offer masa tu. Sblm ni pun aku pakai brand lain. Disesebabkan rambut aku banyak gugur, jadi aku kena lah pakai anti hair fall ni. Maklumla dah berumur. Habis luruh segala rambut2 ni. |
 |
| gambar dari dekat. |
Oleh itu yer, jgnlah memberi alasan tak sempatlah tak cukup masalah sebab setiap wanita berhak untuk cantik dan menjaga kebersihan diri biar pun kita ini adalah wanita2 brutal.hahahahaha....Tambah2 yg bertudung tu lagi lah kena jagakan. Berbelas jam dah terperuk sesekali boleh lah sanggul pulak ke. Bkn nya untuk orang lain untuk kepuasan kita jugakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan