Rabu, 2 Julai 2014

Progress rumah baru

Alhamdullilah, pada hujung tahun 2012 yg lepas dimurahkan rezeki dapat beli landed property pulak. Penat dah 12 tahun naik turun tangga. Biarpun kecil tapi tak ler teruk kalau beli barang dapur nak angkut ke atas kannnn. Rumah tu pun di jangka siap pada tahun ni lah dlam bln 12.2014 camtu. Developer pun dah start mintak duit deposit untuk api dan air. Alang2 dah gi bayar deposit so aku pun jengok la sekali rumah kami. Sblm ni pun dah kerap jugak jengoknya. Yerlah duit bulan2 dah kena bayar kat bank kan. So kena la selalu tengok progressnya.

Proses untuk rumah landed property siap mengambil masa 24 bln di kira dari tarikh kita sign S&P. Sekiranya developer gagal menyiapkan dlm tempoh itu kita boleh claim kelewatan tersebut. Tetapi jika pihak bank lewat membayar progress payment selalunya kita sebagai pembeli pulak lah yg kena tanggung interest kelewatan tersebut. Setakat ini aku simpan segala surat menyurat dari pihak bank dan developer untuk rujukan akan datang. Manalah tau bila cukup masa dpt kunci developer akan charge pulak kan. Harap2 tidak la kan.


pemandangan dari luar

dari tepi..tapi bkn rumah aku kohkohkoh

rumah aku sebelah yg tepi tadi

pandangan dari depan
zoom sikit dari dalam

replica dlm rumah



Untuk org yg tak berapa berduit mcm aku ni boleh beli rumah dipinggir bandar je lah kan. Nak travel gi kerja jauh gak le. Apakan daya ini aje la yg termampu.. Apapun aku tetap bersyukur sbb di berikan rezeki. Harapnya semua mengikut jadual lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan